Lambang Rasmi

Lambang ini telah dicipta pada tahun 1976 oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan telah digunakan secara rasmi sehingga kini. Setiap komponen/elemen lambang tersebut membawa maksud-maksudnya yang tersendiri:-

Bintang 21 – bererti kaedah pelajaran Silat Cekak yang mengandungi 21 buah matapelajaran untuk mempertahankan diri.

Segemal Padi – bererti silat ini lahir dari masyarakat petani yang resminya makin berisi makin tunduk. Oleh itu silat ini tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa sombong, bongkak, takbur dan khianat.

Parang Lading – Parang Lading adalah merupakan senjata rasmi Silat Cekak yang juga merupakan senjata asli orang Melayu yang khas digunakan untuk mempertahankan diri.

Sebilah Keris – melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu serta negara Malaysia.

Tulisan Muhammad Ahmad – tulisan yang bertimbal balik ini membawa maksud penekanan terhadap asuhan rohani dan jasmani.

Warna – seperti juga komponen-komponen di atas, setiap warna yang digunakan juga mempunyai pengertiannya yang tersendiri:-

Kuning – melambangkan kedaulatan silat pusaka bangsa Melayu
Merah – melambangkan kesanggupan untuk mempertahankan diri dengan menggunakan sistem Silat Cekak jika diceroboh
Biru Tua – warna rasmi Silat Cekak melambangkan asuhan rohani dan jasmani
Putih – melambangkan suci dan bersih
Hijau – melambangkan keIslaman

Sumber : SilatCekak.Org

Advertisements