Aktiviti Semasa PSSCM UNISZA

PROGRAM ‘SMART LEARNING’

Pada 8 Mac 2013, PSSCM UniSZA dengan kerjasama PSSCM IPT seluruh negeri Terengganu telah melaksanakan Program “Smart Learning” Peringkat Negeri Terengganu, yang bertempat di Blok Aishah, UniSZA. Program tersebut  bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Penceramah program ini adalah Encik Azman bin Abdul Malik iaitu ahli PSSCM sendiri. Peserta-peserta program ini telah diajar teknik-teknik belajar yang mudah dan berkesan. Selain itu, peserta-peserta, yang kesemuanya adalah ahli PSSCM telah didedahkan dengan strategi dan formula untuk menjadi pelajar cemerlang yang dapat memberi komitmen seimbang antara persatuan dan akademik.

 PENGAMBILAN AHLI BARU (PAB)

Sempena pembukaan sesi akademik UniSZA, program pengambilan ahli baru telah diadakan pada 23 Jun dan 18 September 2013. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi penerangn tentang Seni Silat Cekak kepada pelajar UniSZA, terutamanya pelajar tahun 1. Dalam program tersebut, sesi penerangan telah dikendalikan oleh Pegawai Penerangan PSSCMCT, iaitu En. Haziman Madiah dan En. Mohd Faizal Faiz Mohd Nasir. Sementara itu pula, persembahan demonstrasi telah dijayakan oleh ahli-ahli dari Cawangan Terengganu. Kedua-dua program yang diadakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar UniSZA yang menunjukkan minat untuk mempelajari Seni Silat Cekak.

 UJIAN SIJIL RENDAH (USR)

Ujian Sijl Rendah (USR) peringkat Zon Timur telah dilaksanakan pada 4 dan 5 Oktober 2013 dan bertempat di Kampus ITC, TATIUC Kemaman, Terengganu. Ujian Sijil Rendah ini adalah ujian yang perlu diambil oleh ahli untuk mengiktirafkan seseorang ahli itu adalah ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Seramai 11 orang ahli PSSCM UniSZA yang telah menjalani ujian tersebut. Ujian teori telah dijalankan pada 4 Oktober 2013 dan 5 Oktober 2013 adalah ujian praktikal. Seorang wakil daripada PSSCM UniSZA iatu Afnan Fahim bin Makrul telah berjaya lulus dengan kepujian dan ahli yang lain telah lulus dengan jayanya.

 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Pada 16 Disember 2013, PSSCM UniSZA telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 bertempat di Auditorium Perpustakaan, UniSZA. Majlis telah bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam. Encik Mohd Yusoff bin Mahmod iaitu Ketua Penerangan PSSCMCT telah menjadi Perasmi bagi majlis tersebut. Selain itu, tetamu yang turut hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut adalah En. Cairul Anwar bin Mohamed (Penasihat PSSCM UniSZA), Tn. Hj. Muhamad Taufiq bin Yazid, (Penyelia Kelas PSSCM UniSZA), dan En. Mohd Faizal Faiz bin Mohd Nasir (AJK Cawangan). Seramai 44 orang ahli PSSCM UniSZA telah hadir, termasuklah 5 orang ahli PSSCM UMT yang turut serta sebagai pemerhati. Tujuan utama Mesyuarat Agung Tahunan ini diadakan adalah untuk perlantikan Ahli Jawatankuasa yang baru, selain bertujuan untuk membincangkan usul yang dikemukakan.

UNISZA2

Advertisements