Aktiviti Semasa PSSCM UMT

PENGAMBILAN AHLI BARU (PAB)

Program Demonstrasi Penerangan PSSCM UMT telah diadakan pada 2 Oktober 2013 sempena Pengambilan Ahli Baru PSSCMUMT. Program ini bertempat di Astaka Kolej Kediaman Sheikh Abdul Rahman Limbong UMT bermula jam 8.13 sehingga 10.30 malam. Para jemputan adalah En. Mohammad Zainuddin bin Mat Zaid, En. Mohd Faizal Faiz bin Mohd Nasir, Skuad Demonstrasi PSSCMCT, wakil Majlis Perwakilan Pelajar, wakil Majlis Kolej Kediaman. Program ini dihadiri Penasihat PSSCM UMT, Dr. Wan Mohd Rauhan bin Wan Hussin, Penyelia Kelas Latihan UMT, Encik Mohd Nasir bin Mokhtar dan ahli-ahli PSSCM UMT. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Seni Silat Cekak Malaysia kepada mahasiswa dan mahasiswi di UMT. Melalui program ini juga mereka yang berminat dapat mendaftar sebagai ahli. Program ini berperanan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar di UMT yang berminat menjaga diri, agama, bangsa dan negara dengan cara menyertai PSSCM.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Mesyuarat Agung Tahunan PSSCM UMT telah diadakan pada 18 Jun 2013, bermula jam 9.00 hingga 11 malam dan bertempat di Kompleks Kuliah 2. Perasmi program ialah Encik Mohd Saifuddin bin Mat Hassan. Program ini turut dihadiri Penasihat PSSCM UMT, Dr. Wan Mohd Rauhan bin Wan Hussin, Penyelia Kelas Latihan UMT, Encik Mohd Nasir bin Mokhtar, Encik Mohd Faizal Faiz bin Mohd Nasir, AJK Unit IPT, barisan tenaga pengajar dan ahli ahli PSSCM UMT. Program ini bertujuan untuk membuat pemilihan baru barisan AJK PSSCMUMT sesi 2013/2014 setelah pembubaran AJK PSSCM UMT sesi 2012/2013. Selain itu, program ini dapat memberi pengetahuan kepada ahli cara mengurus organisasi dengan baik. Melalui program ini Saudara Amirul Al-Jufri bin Abdul Hamid telah dilantik sebagai Presiden PSSCM UMT yang baru menggantikan Saudara Mohd Khairuddin bin Mohamad.

UJIAN SIJIL RENDAH (USR)

Pada 4 dan 5 Oktober 2013, seramai 10 orang (2 lelaki dan 8 perempuan) ahli PSSCM UMT telah menjalani Ujian Sijil Rendah PSSCM Peringkat Zon Timur 2013 di Dewan Utama, Kampus ITC, Kolej Universiti TATI, Telok Kalong, Kemaman Terengganu. Ahli yang menyertai USR ini adalah mereka yang tamat kelas kemahiran.

SUKAN MEMPERTAHANKAN DIRI (SMD)

Pada 21 Disember 2013, PSSCM UMT telah menyertai Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri 2013 PSSCM Cawangan Terengganu anjuran PSSCMCT dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu. Program ini bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dan bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Terengganu. PSSCM UMT telah menghantar 1 pasukan dan menyertai 4 kategori yang dipertandingkan. PSSCM UMT berjaya mendapat satu pingat gangsa, bagi kategori 2 (Tempur Berpasangan) yang diwakili oleh Saudari Site Zahra binti Samsuri dan Saudari Nor Aiffa Wahyu binti Abu Bakar.

UMT2.

Advertisements