Aktiviti Semasa PSSCM UITMD

PENGAMBILAN AHLI BARU (PAB)

Majlis Penerangan dan Demontrasi PSSCM UiTMD telah diadakan di Dewan Jasmin sempena pengambilan ahli baru untuk kelas latihan UiTM32. Majlis diadakan pada 8 Disember 2013 bermula pada jam 7.00 malam sehingga 11.00 malam. Ahli-ahli tamat PSSCM UiTM turut terlibat dalam mengadakan demonstrasi di mana seramai 8 orang yang terlibat. Majlis Penerangan dan Demotrasi PSSCM UiTM bermula pada jam 9.00 malam. Sesi penerangan telah disampaikan oleh En. Ahmad Syahril bin Abdul Razak dan En. Mohd Yusoff bin Mahmod, Pegawai Penerangan PSSCM Cawangan Terengganu. Sementara itu, persembahan demostrasi telah dijayakan oleh ahli-ahli PSSCM UiTMT. Majlis tersebut diakhiri dengan persembahan demostrasi bermuzik dari ahli-ahli tamat PSSCM UiTMD yang terdiri daripada 8 orang. Majlis ini telah dihadiri seramai hampir 40 pelajar baru UiTMD.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SESI 2013/2014

Pada 17 Disember 2013 telah berlangsungnya mesyuarat agung tahunan kali ke – 4 yang diadakan di Dewan Anggerik. Majlis berlangsung dari jam 7.30 sehingga 11.00 malam. Majlis ini dirasmikan oleh En. Hasdilah bin Mokhtar, Setiausaha PSSCM Cawangan Terengganu. Setelah perasmian, majlis diteruskan dengan pelancaran logo rasmi PSSCM UiTMD. Mesyuarat Agung Tahunan ini telah dipengerusikan oleh Saudara Izatul Nazwan bin Wan Ibrahim. Mesyuarat telah bersetuju untuk membubarkan barisan AJK sesi 2012/13, dan digantikan dengan barisan AJK baru untuk sesi 2013/14 yang diketuai oleh Sdr Nazeb b Surati selaku Presiden. Dalam mesyuarat ini juga, sesi pembentangan Laporan Aktiviti dan Laporan Kewangan bagi sesi 2012/13 telah dilaksanakan.

KEM INTEGRITI DAN PEMBANGUNAN AKADEMIK SILAT

Program ini telah dijalankan di Anguillia Beach Resort, Marang, Terengganu, pada 1 dan 2 Mac 2013. Selain daripada ahli UiTMD, kem ini juga disertai oleh ahli-ahli dari IPT seluruh Terengganu dengan bilangan keseluruhan penyertaan seramai 65 orang. Ia juga dihadiri tetamu istimewa iaitu YDP PSSCMCT, En. Che Zabario b Mohd. Yasim yang juga bertindak selaku Perasmi program. Kem ini antara lainnya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan sesuatu aktiviti dan juga membentuk jaringan perhubungan antara ahli-ahli PSSCM IPT seluruh Terengganu.

PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pada 13 Julai 2013, UiTMD telah menganjurkan Program Pembangunan Modal Insan yang bertempat di sekitar kawasan kampus UiTMD. Selain daripada tujuan utamanya untuk perkenalan antara ahli sedia ada dan ahli yang baru menyertai PSSCM, program ini juga dijalankan untuk memberi pengenalan tentang Silat Cekak, di samping member kesempatan untuk ahli membina kemahiran kendiri lain seperti kemahiran komunikasi dan kemahiran kerja berkumpulan. Program sehari ini bersifat separa rasmi dengan aktiviti utamanya adalah Latihan Dalam Kumpulan. Program ini telah dihadiri oleh En Mohd Faizal Faiz b Mohd Nasir yang juga merasmikan penutup program.

UITM

Advertisements