Aktiviti Semasa PSSCM TATIUC

MESYUARAT AGUNG PSSCM TATIUC KALI PERTAMA

Pada 20 Januari 2013 yang lalu, PSSCM TATIUC telah menganjurkan Mesyuarat Agung Kali Pertama yang bertempat di Main Lecture Hall A, Kampus ITC TATIUC. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam sehingga 11.00 malam. Tujuan Mesyuarat Agung ini diadakan adalah untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Exco yang lain. Disamping itu juga, mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa dan perkembangan PSSCM TATIUC.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL – HIJRAH ANJURAN PSSCM TATIUC & PSSCM RETI

Pada 30 Julai 2013 yang lalu, PSSCM TATIUC dengan kerjasama PSSCM RETI telah bergabung tenaga bagi menjayakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Al-Hijrah yang bertempat di Main Hall Kampus ITC TATIUC. Majlis ini bermula pada pukul 06.00 petang sehingga 08.30 malam. Majlis Berbuka Puasa ini diadakan adalah bertujuan untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik untuk berbuka puasa. Melalui program ini juga, setiap ahli dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah dan pengalaman yang dilalui oleh anak-anak yatim tersebut.

KURSUS PENTADBIRAN IPT PSSCM PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN PSSCM UIAM GOMBAK

Pada 30 Ogos – 1 September 2013 yang lalu, PSSCM TATIUC telah mengikuti Kursus Pentadbiran IPT PSSCM Peringkat Kebangsaan anjuran PSSCM UIAM Gombak yang bertempat di UIAM Kampus Gombak. Seramai 5 orang ahli PSSCM TATIUC telah menghadiri program ini yang melibatkan penyertaan ahli dari IPT seluruh negara. Peserta-peserta program ini telah diberi pendedahan berkenaan pengurusan persatuan dan juga diberi ruang untuk membincangkan perancangan persatuan di IPT masing-masing.

PENGANJURAN UJIAN SIJIL RENDAH PSSCM ZON TIMUR

Pada 4 – 5 Oktober yang lalu, PSSCM TATIUC telah menjadi tuan rumah penganjuran Ujian Sijil Rendah PSSCM Zon Timur, yang bertempat di Main Hall Kampus ITC TATIUC. Tawaran bagi menganjurkan Ujian Sijil Rendah oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu ini diadakan adalah bertujuan memberi lebih pendedahan kepada ahli tentang perjalanan silat cekak. Pendedahan kepada program seperti ini akan memberikan banyak kemahiran kepada ahli dan seterusnya akan meningkatkan kemahiran insaniah setiap ahli. Dengan ini, Persatuan mampu melahirkan pelajar-pelajar yang lebih bertanggungjawab dan mampu menguruskan persatuan ke arah yang lebih baik pada masa yang akan datang.

KEM KEPIMPINAN & MODAL INSAN ANJURAN PSSCM TATIUC

Pada 29 – 30 November 2013 yang lalu, PSSCM TATIUC telah menganjurkan Kem Kepimpinan & Modal Insan yang bertempat di Peladang Setiu Agro Resort. Kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan lebih mendalam mengenai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Melalui kem ini, setiap ahli baru dapat mengetahui secara menyeluruh mengenai cara-cara untuk bergerak dalam pasukan dan menjadi pemimpin, serta dapat mempelajari cara mengendalikan majlis yang besar seperti ini. Dengan ini, persatuan mampu melahirkan ahli-ahli yang lebih bertanggungjawab dan mampu menguruskan persatuan ke arah yang lebih baik di masa yang akan datang.

TATI

Advertisements