Aktiviti Semasa PSSCM RETI

MESYUARAT AGUNG PSSCM RETI KALI KE-4

Mesyuarat Agung kali ke-4 telah diadakan pada 6 Februari 2013 dengan agenda utamanya adalah untuk memilih barisan kepimpinan PSSCM RETI yang baru, serta membincangkan usul-usul yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli. Mesyuarat ini bermula pada jam 8:30 malam dan berakhir pada jam 11:30 malam.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Pada 9 Jun 2013, PSSCM RETI telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah untuk mendedahkan ahli-ahli tentang hal kematian dan tatacara pengurusannya. Melalui kursus ini, peserta telah berpeluang untuk mendalami ilmu pengurusan jenazah secara teori dan juga praktikal. Rata-rata daripada peserta kursus ini memberi maklum balas yang positif dan menyarankan agar ia diadakan setiap tahun memandangkan ilmu ini sangat penting tetapi kurang dibincangkan dan diambil perhatian oleh umat Islam.

PENGAMBILAN AHLI BARU (PAB)

Pada tahun 2013, pengambilan ahli baru telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Jun dan bulan September. Selain untuk pengambilan ahli baru, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Seni Silat Cekak kepada warga RETI. Melalui program ini, satu Majlis Penerangan dan Demonstrasi yang dikendalikan oleh Pegawai Penerangan PSSCMCT dengan kerjasama ahli-ahli PSSCM RETI telah diadakan. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga RETI.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM AL-HIJRAH

Majlis yang diadakan pada 30 Julai 2013 ini dijalankan secara kerjasama dengan PSSCM TATIUC. Majlis ini diadakan di Main Hall, Kampus ITC TATIUC dengan tujuan utamanya adalah untuk meraikan anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Al-Hijrah.

PROGRAM-PROGRAM LAIN

Selain daripada penganjuran program dan majlis, PSSCM RETI juga telah menyertai pelbagai program PSSCM peringkat negeri Terengganu dan juga peringkat kebangsaan. Antara program yang disertai adalah seperti Kem Integriti Pembangunan Akademik anjuran PSSCM UiTM, Majlis Konvokesyen dan Perayaan PSSCM kali ke-48 di UIAM Kampus Kuantan, Kursus Pentadbiran IPT PSSCM anjuran PSSCM UIAM Gombak, serta Kejohanan Sukan Seni Mempertahankan Diri anjuran PSSCM Cawangan Terengganu.

RETI

Advertisements