Aktiviti Semasa PSSCM PSMZA

KELAS LATIHAN MINGGUAN

Kelas latihan persilatan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dijalankan 2 kali seminggu pada setiap Ahad dan Selasa dari jam 9:00 malam hingga 11:00 malam. Kelas ini dikendalikan oleh En. Nazeri b Kasme selaku Penyelia dan dibantu oleh Tenaga Pengajar yang tinggal berdekatan iaitu En Mohd Ihtisamuddin bin Abdul Hamid, Puan Wan Nurul Hidayah binti Wan Othman, dan Cik Nurul Atiqah binti Mohd Shah.

PENGAMBILAN AHLI BARU (PAB)

Pengambilan ahli baru PSSCM PSMZA diadakan pada 13 Januari 2013 bersempena dengan kemasukan pelajar baru ke PSMZA. Dalam program ini, satu Majlis Penerangan dan Demonstrasi telah diadakan di bawah kendalian Pegawai Penerangan PSSCMCT dengan kerjasama pasukan demonstrasi PSSCMCT. Majlis yang diadakan untuk memperkenalkan Seni Silat Cekak ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga PSMZA.

PROGRAM-PROGRAM LAIN

Selain daripada penganjuran program sendiri, ahli-ahli PSSCM PSMZA juga banyak menyertai aktivti persilatan dan persatuan di tempat lain seperti Majlis Ijazah Persilatan di Cawangan Terengganu dan Program Pembangunan Modal Insan anjuran UiTMD.

PSMZA

Advertisements