Aktiviti Semasa PPSCM IKMB

KELAS LATIHAN MINGGUAN

Kelas latihan persilatan dijalankan pada setiap hari Rabu bermula dari jam 9 hingga 11 malam. Kelas ini dikendalikan oleh Tenaga Pengajar yang tinggal di Besut, iaitu En Raimi bin Rahma, dengan dibantu oleh Tenaga Pengajar dari Kuala Terengganu yang datang secara bergilir-gilir setiap minggu.

PROGRAM-PROGRAM LAIN

Memandangkan bilangan ahli yang agak sedikit, program atau aktiviti lain selain daripada persilatan yang dikendalikan oleh PSSCM IKM adalah terhad. Antara aktiviti secara tidak rasmi yang dijalankan adalah seperti majlis ramah mesra dengan Tenaga Pengajar serta sesi berkongsi pengalaman dengan barisan Tenaga Pengajar dan AJK PSSCMCT. Selain itu, ahli-ahli PSSCM IKM juga sentiasa menyokong dan menyertai program yang dianjurkan oleh IPT lain di Terengganu dan juga program Pusat untuk mendedahkan ahli-ahli tentang Silat Cekak dan juga memberi pendedahan tentang pengurusan program.

IKMB

Advertisements