Jabatan Penerangan

Pencapaian 2013

Jabatan Penerangan sebagai sebuah jabatan yang berfungsi  dalam mempromosikan dan memberi penerangan berkaitan dengan Silat Cekak telah melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan termasuklah Pameran, Persembahan Demonstrasi dan Majlis Penerangan & Pengambilan Ahli Baru di peringkat cawangan, daerah dan juga di kelas latihan di IPT selain dari menjayakan program anjuran jabatan dan juga anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di peringkat pusat.

Sejumlah 11 Majlis Penerangan & Demonstrasi sempena Pengambilan Ahli Baru telah Berjaya dilaksanakan. Hasil dari aktiviti ini telah memberikan impak yang besar terutama kepada jumlah pengambilan ahli baru di peringkat cawangan dan IPT yang semakin bertambah.

Semoga dengan tapak rumah persatuan yang baru ini, dengan keadaan dan kemudahan yang lebih selesa, maka diharapkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu terutamanya Jabatan Penerangan akan dapat bergerak lebih aktif dalam mengadakan lebih banyak program-program promosi dan memperkenalkan Silat Cekak di mata masyarakat umum.

 Struktur Organisasi Baru 

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, keperluan pembangunan, pertambahan fungsi dan peranan jabatan, bermula pada tahun 2014, Jabatan Penerangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu atau dipanggail JPEN, telah memperkemaskan struktur dan carta organisasi jabatan. Tujuannya adalah agar jabatan yang didokong oleh unit-unit di bawahnya dapat bergerak dengan lebih lancar dan berkesan serta dapat mencapai matlamat dan objektif Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu khususnya, yang seterusnya akan mampu menyumbang kepada tercapainya matlamat dan objektif Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia umumnya.

Jabatan Penerangan cuba untuk memperkenalkan ‘Skuad Gerakerja JPEN’ sebagai suatu kaedah pengurusan jabatan dan sebagai platform bagi ahli-ahli Cawangan Terengganu mendapat pengalaman dan kemahiran dalam bidang pengurusan persatuan.

Diharapkan dengan penambahbaikan yang berterusan ini akan dapat menghasilkan perkembangan yang positif di dalam persatuan termasuk perkembangan insaniah di kalangan ahli-ahli sebagaimana yang telah dihasratkan oleh guru-guru Silat Cekak.

Carta Organisasi JPEN

 

Carta Organisasi Jabatan Penerangan PSSCMCT

Advertisements