Jabatan Kewangan

Jabatan Kewangan PSSCMCT berfungsi dalam menguruskan segala aspek tadbir urus kewangan dan aktiviti-aktiviti perniagaan barangan PSSCMCT untuk ahli-ahli PSSCMCT. Disamping itu, Jabatan Kewangan juga berfungsi menguruskan Dana Pembangunan PSSCMCT (Dana Khas Hartanah) yang telah dilancarkan oleh YM Almarhum Tuan Haji Ishak bin Itam pada 31 Jan 2003 serta menguruskan stok dan inventori harta PSSCMCT.

Aktiviti utama Jabatan Kewangan ialah pengurusan tadbir kewangan PSSCMCT, pengurusan harta, pembangunan ekonomi dan pengurusan Dana Pembangunan PSSCMCT. Sokongan dan kerjasama sewajarnya daripada semua ahli, AJK dan tenaga pengajar bagi mengisi tabung dana ini amat diharapkan dalam usaha memiliki hartanah atau rumah persatuan sendiri dapat direalisasikan.

Carta JKE PSSCMCT

Carta Organisasi Jabatan Kewangan PSSCMCT

Advertisements