Jabatan Bina Insan

Jabatan Bina Insan diwujudkan pada tahun 2011 sebagai satu portfolio tersendiri bagi membantu PSSCMCT dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebajikan.

Antara aktiviti utama yang telah dijalankan adalah Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil, Kelas Bacaan Barzanji, Marharban dan Qasidah Burdah yang telah dijadikan acara rutin pada setiap malam jumaat di Rumah Persatuan.

Tujuan aktiviti tersebut diadakan ialah bagi mengenang jasa pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa kepada perjuangan ini iaitu guru-guru, ibu bapa dan terutamanya sebagai ingatan kasih kita kepada junjungan mulia Nabi Besar Muhammad SAW. Aktiviti ini bukan sahaja bagi menyemarakkan semangat mengingati, mencintai dan mengasihi Rasullullah SAW iaitu sebagai seorang pemimpin yang agung, malah juga merupakan seorang contoh ikon kepada semua umat manusia.

Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan samada diperingkat cawangan ataupun penyertaan diperingkat kebangsaan sepanjang tempoh 2013 adalah seperti berikut :-

  • Sambutan Awal Muharram
  • Majlis Maulidur Rasul
  • Majlis Tahlil Al-Marhum YM Tn Haji Ishak bin Itam
  • Majlis Tahlil Al-Marhum YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad
  • Sambutan Nuzul Al-Quran
  • Majlis Berbuka Puasa
  • Majlis Sambutan Aidilfitri

Carta JBI PSSCMCT

Carta Organisasi Jabatan Bina Insan PSSCMCT

Advertisements